• Print

22 Januari, Tainan - Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Nadia Safwanah Safari 22, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai penerima "Best of The Best Invention" pada majlis International Young Inventors Award (IYIA 2014) di Jakarta semalam.

Nadia Safwanah, pelajar Pusat Pengajian Kejuteraan (PPK) Mikroelektronik juga merupakan penyelidik AMBIENCE meraih pengiktirafan tertinggi tersebut menerusi inovasinya bertajuk bertajuk A Compact Realization of Pseudo Chebyshev Low Pass Filters for UHF Band Using RF MEMS Technology di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Yufridin Wahab dan Mazlee Mazalan.